Friday 28 August 2015

Langkah-langkah Menangani Cabaran Globalisasi

1) Cara penyelesaian pertama ialah pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang agar dapat menyekat kemasukan pendatang luar. Sebagai contoh, Jabatan imigresen perlulah bertindak tegas mengesan dan menghantar balik pendatang tanpa izin dengan memeriksa pasport mereka serta menyaman majikan yang mengupah pendatang asing ini. Pendatang asing datang secara haram perlulah ditangkap oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan pertimbuhan masalah sosial yang mengancamkan keamanan negara. Pihak kerajaan juga patut memastikan syarikat majikan yang mengupah tenaga asing dari negara lain mengikut prosedure yang betul dan mempunyai lesen dalam pengurusan kemasukan pendatang asing. Syarikat-syarikat tempatan haruslah mengutamakan pengambilan rakyat Malaysia daripada memilih pendatang asing. Rakyat Malaysia juga perlu ingatkan bekerja adalah salah satu cara untuk menambah ilmu, bersosial serta meyumbang bakti untuk negara yang tercinta.

2) Seterusnya , langkah yang boleh dijalankan untuk membaiki situasi ini ialah pihak polis haruslah sentiasa meronda pada waktu malam agar pencuri atau perompak tidak mempunyai peluang untuk menjalankan jenayah. Masyarakat setempat juga boleh menubuhkan  pasukan rela dengan kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan penghuni bagi menjamin keselamatan dan keamanan komuniti. Pihak kerajaan juga boleh menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan jenayah dan menimbulkan huru-hara. Misalnya, mendenda wang tunai sebanyak 10 kali ganda nilai barang yang dicuri atau hukuman penjara kepada pesalah . Tidak dapat dinafikan bahawa hukuman tersebut memberi kesan yang berkesan untuk menakutkan orang ramai agar keamanan Negara dapat dijamin.

3) Langkah yang boleh diambil untuk menangani gejala yang kian serius ini adalah pihak sekolah haruslah mendidik para pelajar tentang cara pencegahan dadah di sekolah dengan memberikan maklumat yang jelas untuk menyedarkan remaja tentang kelemahan pengambilan dadah. Seterusnya, pihak kerajaan juga boleh membantu remaja menjalani pemulihan untuk menolong mereka kembali ke pangkal jalan. Bak kata bumi mana tidak ditimpa hujan, ibu bapa yang mengetahui anak-anak mereka yang terus terjebak dalam isu sebegini tidak wajar bersikap lepas tangan tetapi seharusnya berganding bahu bersama pihak berkuasa untuk memberikan suatu peluang untuk anak untuk menginsaf kesalahan mereka bagi memperoleh masa hadapan yang cerah walau mereka pernah melakukan kesalahan yang besar dalam kehidupan mereka.



4) Cara untuk mengurangkan cabaran itu adalah pihak berkuasa perlulah melaksanakan tanggungjawab mereka masing-masing dengan menapiskan budaya liar dalam sesebuah televisyen ataupun dalam internet untuk memastikan saluran tertentu tidak akan mengandungi amalan yang tidak sihat . Seterusnya , sesiapa yang didapati bahawa mereka terlibat dalam memaparkan  budaya yang tidak bermoral melalui media massa haruslah didenda oleh kerajaan supaya mereka tidak akan mengulangi kesalahan. Ibu bapa juga patut memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya remaja kini akan memegang jati diri yang kuat serta tidak mudah dipengaruhi oleh budaya negatif.

5) Langkah-langkah untuk mengurangkan kepupusan flora dan fauna adalah pihak kerajaan perlulah bijak merancangkan program pembinaan industri dan tidak bersikap keterlaluan dalam menjalankan aktiviti pembalakan. Setelah itu, pihak kerajaan juga haruslah melaksanakan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan setelah melakukan pembalakan. Program penanaman semula pokok-pokok patutlah dijalankan oleh kerajaan dengan sepenuh hati untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna . Kerajaan bertanggungjawab untuk menanam semula pokok-pokok di hutan yang telah ditebang untuk memastikan keindahan alam sekitar dapat dikekalkan sepanjang hayat.



SUMBER RUJUKAN
Punca-Punca dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Pengangguran.(2009). Retrieved Oktober 21,2015 , from http://dssdinamikailmiah.blogspot.com/2009/12/punca-punca-dan-langkah-langkah-untuk.html

No comments:

Post a Comment