1) Cara
penyelesaian pertama ialah pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang agar
dapat menyekat kemasukan pendatang luar. Sebagai contoh, Jabatan imigresen
perlulah bertindak tegas mengesan dan menghantar balik pendatang tanpa izin
dengan memeriksa pasport mereka serta menyaman majikan yang mengupah pendatang
asing ini. Pendatang asing datang secara haram perlulah ditangkap oleh pihak
berkuasa untuk mengelakkan pertimbuhan masalah sosial yang mengancamkan
keamanan negara. Pihak kerajaan juga patut memastikan syarikat majikan yang
mengupah tenaga asing dari negara lain mengikut prosedure yang betul dan
mempunyai lesen dalam pengurusan kemasukan pendatang asing. Syarikat-syarikat
tempatan haruslah mengutamakan pengambilan rakyat Malaysia daripada memilih
pendatang asing. Rakyat Malaysia juga perlu ingatkan bekerja adalah salah satu
cara untuk menambah ilmu, bersosial serta meyumbang bakti untuk negara yang
tercinta.
2) Seterusnya , langkah
yang boleh dijalankan untuk membaiki situasi ini ialah pihak polis haruslah
sentiasa meronda pada waktu malam agar pencuri atau perompak tidak mempunyai
peluang untuk menjalankan jenayah. Masyarakat setempat juga boleh
menubuhkan pasukan rela dengan kerjasama
antara satu sama lain dalam kalangan penghuni bagi menjamin keselamatan dan
keamanan komuniti. Pihak kerajaan juga boleh menjatuhkan hukuman kepada orang yang
melakukan jenayah dan menimbulkan huru-hara. Misalnya, mendenda wang tunai
sebanyak 10 kali ganda nilai barang yang dicuri atau hukuman penjara kepada
pesalah . Tidak dapat dinafikan bahawa hukuman tersebut memberi kesan yang
berkesan untuk menakutkan orang ramai agar keamanan Negara dapat dijamin.
3) Langkah
yang boleh diambil untuk menangani gejala yang kian serius ini adalah pihak
sekolah haruslah mendidik para pelajar tentang cara pencegahan dadah di sekolah
dengan memberikan maklumat yang jelas untuk menyedarkan remaja tentang
kelemahan pengambilan dadah. Seterusnya, pihak kerajaan juga boleh membantu remaja
menjalani pemulihan untuk menolong mereka kembali ke pangkal jalan. Bak kata
bumi mana tidak ditimpa hujan, ibu bapa yang mengetahui anak-anak mereka yang
terus terjebak dalam isu sebegini tidak wajar bersikap lepas tangan tetapi
seharusnya berganding bahu bersama pihak berkuasa untuk memberikan suatu
peluang untuk anak untuk menginsaf kesalahan mereka bagi memperoleh masa
hadapan yang cerah walau mereka pernah melakukan kesalahan yang besar dalam
kehidupan mereka.
4) Cara
untuk mengurangkan cabaran itu adalah pihak berkuasa perlulah melaksanakan
tanggungjawab mereka masing-masing dengan menapiskan budaya liar dalam sesebuah
televisyen ataupun dalam internet untuk memastikan saluran tertentu tidak akan
mengandungi amalan yang tidak sihat . Seterusnya , sesiapa yang didapati bahawa
mereka terlibat dalam memaparkan budaya
yang tidak bermoral melalui media massa haruslah didenda oleh kerajaan supaya
mereka tidak akan mengulangi kesalahan. Ibu bapa juga patut memberi didikan
agama dan moral kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya remaja kini
akan memegang jati diri yang kuat serta tidak mudah dipengaruhi oleh budaya
negatif.
5) Langkah-langkah
untuk mengurangkan kepupusan flora dan fauna adalah pihak kerajaan perlulah
bijak merancangkan program pembinaan industri dan tidak bersikap keterlaluan
dalam menjalankan aktiviti pembalakan. Setelah itu, pihak kerajaan juga
haruslah melaksanakan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan setelah melakukan
pembalakan. Program penanaman semula pokok-pokok patutlah dijalankan oleh
kerajaan dengan sepenuh hati untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna .
Kerajaan bertanggungjawab untuk menanam semula pokok-pokok di hutan yang telah
ditebang untuk memastikan keindahan alam sekitar dapat dikekalkan sepanjang
hayat.
SUMBER RUJUKAN
Punca-Punca dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah
Pengangguran.(2009). Retrieved Oktober 21,2015 , from http://dssdinamikailmiah.blogspot.com/2009/12/punca-punca-dan-langkah-langkah-untuk.html
No comments:
Post a Comment