Saturday, 29 August 2015

KESIMPULAN

      Sudah terang lagi bersuluh, pihak kerajaan telah memainkan peranan yang amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi pada hari ini. Kerajaan telah berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan cabaran-cabaran tersebut supaya negara dapat berkembang ke arah lebih cemerlang , gemilang dan terbilang. Remaja Malaysia juga perlu memberi kerjasama kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan taanggungjawab mereka. Cabaran-cabaran globalisasi yang dihadapi oleh negara akan mudah diselesaikan sekiranya pihak kerajaan dan remaja boleh berganding bahu.  Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, jadi remaja haruslah memiliki fikiran yang matang kerana pemuda merupakan bakal pemerintah negara. Pendek kata, globalisasi telah membawa kesan yang besar kepada rakyat dan kerajaan Malaysia, penduduk tempatan perlulah bersiap sedia untuk menghadapi kesan globalisasi pada bili-bila masa. Dengan cara ini, globalisasi benar-benar akan mendatangkan faedah dalam pembangunan negara supaya wawasan 2020 dapat dicapaikan.

Sumber Rujukan
Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 6. Oktober 2000. hal. 35-46

Globalisasi dan Cabaran Pendidikan (2012). Retrieved Oktober 20,2015 , from http://jasmin-6966.blogspot.com/ 

Friday, 28 August 2015

Langkah-langkah Menangani Cabaran Globalisasi

1) Cara penyelesaian pertama ialah pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang agar dapat menyekat kemasukan pendatang luar. Sebagai contoh, Jabatan imigresen perlulah bertindak tegas mengesan dan menghantar balik pendatang tanpa izin dengan memeriksa pasport mereka serta menyaman majikan yang mengupah pendatang asing ini. Pendatang asing datang secara haram perlulah ditangkap oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan pertimbuhan masalah sosial yang mengancamkan keamanan negara. Pihak kerajaan juga patut memastikan syarikat majikan yang mengupah tenaga asing dari negara lain mengikut prosedure yang betul dan mempunyai lesen dalam pengurusan kemasukan pendatang asing. Syarikat-syarikat tempatan haruslah mengutamakan pengambilan rakyat Malaysia daripada memilih pendatang asing. Rakyat Malaysia juga perlu ingatkan bekerja adalah salah satu cara untuk menambah ilmu, bersosial serta meyumbang bakti untuk negara yang tercinta.

2) Seterusnya , langkah yang boleh dijalankan untuk membaiki situasi ini ialah pihak polis haruslah sentiasa meronda pada waktu malam agar pencuri atau perompak tidak mempunyai peluang untuk menjalankan jenayah. Masyarakat setempat juga boleh menubuhkan  pasukan rela dengan kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan penghuni bagi menjamin keselamatan dan keamanan komuniti. Pihak kerajaan juga boleh menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan jenayah dan menimbulkan huru-hara. Misalnya, mendenda wang tunai sebanyak 10 kali ganda nilai barang yang dicuri atau hukuman penjara kepada pesalah . Tidak dapat dinafikan bahawa hukuman tersebut memberi kesan yang berkesan untuk menakutkan orang ramai agar keamanan Negara dapat dijamin.

3) Langkah yang boleh diambil untuk menangani gejala yang kian serius ini adalah pihak sekolah haruslah mendidik para pelajar tentang cara pencegahan dadah di sekolah dengan memberikan maklumat yang jelas untuk menyedarkan remaja tentang kelemahan pengambilan dadah. Seterusnya, pihak kerajaan juga boleh membantu remaja menjalani pemulihan untuk menolong mereka kembali ke pangkal jalan. Bak kata bumi mana tidak ditimpa hujan, ibu bapa yang mengetahui anak-anak mereka yang terus terjebak dalam isu sebegini tidak wajar bersikap lepas tangan tetapi seharusnya berganding bahu bersama pihak berkuasa untuk memberikan suatu peluang untuk anak untuk menginsaf kesalahan mereka bagi memperoleh masa hadapan yang cerah walau mereka pernah melakukan kesalahan yang besar dalam kehidupan mereka.



4) Cara untuk mengurangkan cabaran itu adalah pihak berkuasa perlulah melaksanakan tanggungjawab mereka masing-masing dengan menapiskan budaya liar dalam sesebuah televisyen ataupun dalam internet untuk memastikan saluran tertentu tidak akan mengandungi amalan yang tidak sihat . Seterusnya , sesiapa yang didapati bahawa mereka terlibat dalam memaparkan  budaya yang tidak bermoral melalui media massa haruslah didenda oleh kerajaan supaya mereka tidak akan mengulangi kesalahan. Ibu bapa juga patut memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi supaya remaja kini akan memegang jati diri yang kuat serta tidak mudah dipengaruhi oleh budaya negatif.

5) Langkah-langkah untuk mengurangkan kepupusan flora dan fauna adalah pihak kerajaan perlulah bijak merancangkan program pembinaan industri dan tidak bersikap keterlaluan dalam menjalankan aktiviti pembalakan. Setelah itu, pihak kerajaan juga haruslah melaksanakan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan setelah melakukan pembalakan. Program penanaman semula pokok-pokok patutlah dijalankan oleh kerajaan dengan sepenuh hati untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna . Kerajaan bertanggungjawab untuk menanam semula pokok-pokok di hutan yang telah ditebang untuk memastikan keindahan alam sekitar dapat dikekalkan sepanjang hayat.



SUMBER RUJUKAN
Punca-Punca dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Pengangguran.(2009). Retrieved Oktober 21,2015 , from http://dssdinamikailmiah.blogspot.com/2009/12/punca-punca-dan-langkah-langkah-untuk.html

Wednesday, 26 August 2015

Jenis Cabaran Globalisasi

Kebanjiran pendatang asing ke Malaysia 
Negara Malaysia telah berusaha untuk menjadi salah sebuah Negara yang berkembang di Asia Tenggara. Oleh demikian, pihak kerajaan banyak mengadakan program pembinaan untuk membuka pasaran yang baru agar boleh bekerjasama dengan Negara lain yang maju. Namun begitu, rakyat tempatan tidak memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pembangunan Negara, malahan graduan akan berasa hina dan terseksa kerana bekerja sebagai buruh kasar. Mereka beranggap melakukan kerja kasar akan menjatuhkan status mereka. Kebanyakan mereka ingin bekerja di bilik berhawa dingin Senario ini telah menyebabkan Malaysia banyak menggalakkan tenaga buruh dari Negara lain.Hal ini disebabkan kerajaan tidak perlu memberi bayaran yang banyak kepada tenaga buruh berbanding dengan rakyat tempatan dan tenaga kerja asing amat diperlukan untuk memenuhi permintaan dalam sektor-sektor tertentu. Kedatangan pendatang luar telah merebut peluang pekerjaan rakyat tempatan dan menyebabkan taraf hidup rakyat tempatan menurun kerana mereka telah mengalami masalah pengangguran. Kedatangan pendatang asing tanpa izin lagi memburukkan situasi. Masalah pengangguran akan mengakibatkan kehidupan rakyat tempat menjadi susah dan penduduk tidak mempunyai jaminan terhadap masa depan mereka kerana mereka telah kehilangan sumber kewangan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan dan lain-lain lagi.

 Keselamatan dan kesihatan rakyat dan Negara dijejaskan 
Apabila semakin ramai pendatang negara asing datang ke Negara Malaysia,Negara telah mengalami masalah sosial yang serius seperti kes pencurian, rompakan, penyalahgunaan dadah dan lain-lain lagi. Kadar jenayah kian berleluasa telah membimbangkan rakyat Malaysia kerana Negara telah menjadi huru-hara . Penduduk tempatan akan hidup dalam ketakutan kerana rakyat tidak dapat menjamin keselamatan di negara sendiri .Malangnya, wanita sering menjadi mangsa cabul dalam kes jenayah kerana mereka tidak mempunyai kemampuan dan ilmu untuk mempertahankan keselamatan diri. Selain itu, rakyat Malaysia tidak dapat hidup sebagai aur dengan tebing antara satu sama lain kerana mereka sukar membezakan orang baik dan orang jahat. Kekurangan keyakinan dan kepercayaan dalam golongan rakyat tempatan masing-masing telah menyusahkan pembangunan negara kerana penduduk tidak akan mengamalkan nilai bekerjasama . Kedatangan pendatang asing membawa pelbagai penyakit seperti Aids, malaria , taun. Persekitaran yang kurang bersih menyebabkan penyakit tersebut menular .

Penyalahgunaan dadah 
Dadah merupakan bahan kimia asli yang boleh memudaratkan kesihatan diri seseorang dari segi jasmani, rohani, mental, emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Dadah berbahaya kepada negara telah dibuktikan melalui peristiwa kekalahan China di tangan British dalam Perang Candu disebabkan rakyat China disogokkan dengan ganja oleh pihak musuh. Golongan remaja, tonggak masa depan tanah air kita turut terjerumus dalam penyalahgunaan dadah walaupun mengetahui penyalahgunaan dadah hanya membawa kesengsaraan adalah disebabkan kekurangan didikan agama dan moral dalam kalangan remaja. Asas agama yang kukuh perlu dipupuk dalam golongan remaja sejak kecil lagi agar agama dapat menjadi benteng dan pedoman bagi membantu remaja dalam menempuh kehidupan yang penuh ranjau. Kehidupan mereka akan terumbang-ambing ibarat kemudi hilang nakhoda sekiranya generasi muda tidak mempunyai jati diri yang kuat. Tambahan pula, remaja yang kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka akan mudah dipengaruhi oleh rakan mereka kerana ibu bapa mereka yang bersikap lepas tangan telah menyebabkan mereka seperti ayam kehilangan induk. Menurut kajian, remaja mudah terjebak dalam masalah penyalahgunaan dadah sekiranya mereka bermula dengan tabiat merokok dan remaja akan mula mengambil dadah bagi memuaskan nafsu diri walaupun mengetahui dengan telitinya implikasi atas diri mereka semata-mata ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. 

Keruntuhan akhlak / Perubahan sosial budaya 
Seterusnya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja merupakan isu yang penting dalam perkembangan Negara. Punca cabaran ini bertambah serius adalah disebabkan oleh kecanggihan teknologi pada hari ini. Budaya-budaya dari Negara Barat telah dapat menyebarkan dengan segera melalui internet dan televisyen satelit. Remaja yang tidak berfikiran matang akan mudah dipengaruhi oleh budaya tersebut kerana mereka tidak dapat membezakan antara kaca dengan permata. Jadi , generasi muda turut terikut-ikut akan nilai runtuh yang akan merosakan jiwa para pemuda dan akhlak murni akhirnya akan terkikis. Lama-kelamaan, jati diri remaja akan hilang dalam sekelip mata sahaja. Meraka juga mungkin akan melakukan jenayah secara terus-berterusan sekiranya pihak kerajaan tidak mempedulikan mereka serta menyebabkan keadaan Negara Malaysia tidak aman dan damai. Kecanggihan Internet memudahkan rakyat tempatan berkomunikasi dan berkenalan pelbagai kawan dari negara lain. 

Kemusnahan alam sekitar 
Selain itu, pembalakan secara haram telah berlaku dalam Malaysia kerana kerajaan ingin banyak membangunkan bidang industri. Fenomena ini telah menyebabkan kepupusan flora dan fauna di kawasan hutan. Pembalakan itu bukan sahaja mengakibatkan generasi muda kehilangan peluang untuk menyaksikan keunikan dan kecantikan alam sekitar bahkan mereka juga perlu mengalami masalah kesihatan akibat daripada pencemaran udara. Kepupusan flora dan fauna akan mengakibat ekosistem tidak seimbang serta akan menyebabkan hakisan tanah. Tanah runtuh merupakan satu bencana yang disebabkan oleh pembalakan tanpa henti di kawasan hutan. Misalnya, pembakaran hutan secara terbuka di negara Indonesia akan menyebabkan negara Malaysia mengalami jerebu yang mengakibatkan pencemaran udara. Kesihatan rakyat Malaysia akan terjejas disebabkan oleh jerebu.


Sumber Rujukan
HJ MD. LASA BIN YAHYA (2014).Nota Pembelajaran & Lembaran Praktis Pengajian Am STPM, MAXIMA COLOUR SDN.BHD.
Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 6. Oktober 2000. hal. 35-46
Globalisasi dan Cabaran Pendidikan (2012). Retrieved Oktober 20,2015 , from http://jasmin-6966.blogspot.com/
Punca-Punca dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Masalah Pengangguran.(2009). Retrieved Oktober 21,2015 , from http://dssdinamikailmiah.blogspot.com/2009/12/punca-punca-dan-langkah-langkah-untuk.html
Kesan-Kesan Globalisasi (2013).Retrieved Oktober 22, 2015, from http://stpm-study.blogspot.com/2013/11/isi-kesan-kesan-globalisasi.html
Wan Mohd Zahid Nordin. (1994). Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur:

Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn Bhd.

PENGENALAN GLOBALISASI

Pengenalan Globalisasi Globalisasi bermaksud fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia yang disebabkan oleh kepantasan perkembangan teknologi maklumat , bermula dari sini penyebaran maklumat tidak lagi bersempadan.
































SUMBER RUJUKAN
Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986),
http://khairunnisamatnor.blogspot.com/2013/05/pengenalan-kepada-globalisasi.html

Tuesday, 21 July 2015

Selamat Berkunjung Ke Blog Saya

Selamat Berkunjung Ke Blog Saya !!!

Blog ini dibina pada 21 Julai 2015 .
Inilah merupakan blog pertama saya